Sunday 15 January 2012

Laporan Kayuhan Gunung Pulai

Tersebut al kisah...... TOYIB..... huh.. Tanggal 15 Januari 2012, CTR telah mengadakan satu sesi kayuhan di Gunung Pulai, Pontian. Seramai lebih kurang 23 org telah menyertai kayuhan ini dengan diketuai oleh Saudara Idham. Kayuhan bermula seawal jam 8.00 pagi ini bermula dan berakhir di Gunung Pulai 2. Trail yang merangkumi 10% onroad + 80& offroad memang sangat memancutkan. Pelbagai rintangan yang terpaksa ditempuh seperti pokok tumbang, laluan belakang rumah orang, melintas anak sungai, menolak bukit di kaki gunung pulai serta, serangan pacat, kebocoran tayar serta meredah akar-akar pokok di sepanjang trail Gunung Pulai sehingga mengoyakkan seluar saudara Shah Julian. SEKSI TU!! Kami keluar di Dusun Damai dan kononnya terus ke PUB. Tapi disebabkan matahari dah terpacak, akhirnya keputusan untuk patah balik ke Gunung Pulai 2 melalui offroad telah dibuat oleh Tuan Rohaizad. Tetapi kali ini bermula dari kem Kaizen dengan jarak lebih kurang 4km. Lebih kurang jam 1 petang kami tiba semula di Gunung Pulai dengan disajikan air terjun yang amat sejuk. Masing-masing menunjukkan aksi-aksi menggairahkan ketika berendam di kolam sehingga mengiurkan pengunjung-pengunjung disitu. Setelah selesai berendam, masing-masing bersiap untuk pulang. Pengalaman kayuhan kali ini memang amat memuaskan. Diharap kayuhan seperti akan kerap dilakukan supaya dapat mengeratkan lagi persahabatan antara rider-rider. 

Berikut antara gambar-gambar yang sempat dirakamkan






























Wednesday 11 January 2012

Kayuhan Gunung Pulai

PERHATIAN!!!



Kayuhan Gunung Pulai
Tarikh : 15 hb Januari 2012 ( AHAD)
Flag Off : 8.00 a.m
Lokasi Berkumpul : Sekolah Agama Pekan Nanas Berhampiran kedai apan
Waktu Berkumpul : 7.00 a.m

Untuk Keterangan Lanjut Hubungi
Presidente al Kumbang : 0167177377
Wan al cuteeee : 0127692784



Tuesday 10 January 2012

Event Akan Datang


Photo of Milford Sound in New Zealand!

Jasin S2H Jamboree 2012

Sesiapa yang berminat untuk menyertai sila hubungi en Syam Wai bagi tujuan pendaftaran


Monday 9 January 2012

Kenangan Bersama Family CTR 2011

Pada 22 November 2011. CTR telah mengadakan satu majlis Family Day di Balai Cerapan UTM. Majlis ini bertujuan mengeratkan lagi hubungan antara ahli-ahli CTR serta berkenalan diantara keluarga masing-masing. Majlis ini telah berlansung dengan jayanya. Pelbagai juadah disediakan. Pendek kata memang enjoy!!! WELL DONE CTR. Acara seperti ini akan sentiasa diadakan bagi menguatkan lagi persahabatan antara ahli CTR & keluarga. InsyaAllah.

Foto Kenangan Majlis Family Day CTR 2011

 Pelbagai Juadah Disediakan

 Ucapan dari Mantan Presiden CTR Abg Zul

 Anak- anak CTR

Syidi makan dengan penuh tawaduk. Abg Zul tenang je 

 Pemandangan malam dari Balai Cerap

 Abg Dol pakar mengipas otak-otak

Sibuk menghabiskan juadah

 Geng Jahat

 Geng Baik

 Anak Abg Zul

Anak sapalah ni?

 Keluarga CTR

Anak2 & Isteri CTR
Anak-Anak CTR

Ahli CTR

Keluarga Kumbang

Keluarga Abg Zul


Keluarga Syidi

Keluarga Amri


Keluarga Apai a.k.a tok  batin

 Keluarga Abg Azmi

Keluarga Prof

 Keluarga AJS

 Keluarga Abg Dol

 Tetamu kehormat dr Cyclemotion

Geng Baik Sangat...........