Sunday 18 March 2012

Kayuhan Jelajah Kasih

Pada 16hb Mac 2012, CTR bersama-sama kelab KBC, PG Gerek, DTR, IKRAM, Perodua, Kenwood dan lain² lagi telah bersama² menjayakan satu program aktiviti sosial iaitu Kayuhan Jelajah Kasih bagi menziarahi keluarga Allahyarhamah adik Nurul Nadirah Abdullah (DIRANG) yang baru² ini telah ditemui mati dibunuh oleh pihak yang tidak bertangguungjawab. Berita ini telah menyentuh perasaan pelbagai pihak dari seluruh negara termasuk kita semua. Berkat keperihatinan kelab-kelab basikal yang terlibat, program ini telah berjalan dengan selamat dan penuh kesyukuran kerana dapat bersama² mengutip derma ikhlas dari hati masing². Jumlah yang dapat dikutip pada malam itu adalah sebanyak RM830 tidak termasuk dari pihak Perodua/Kenwood. Difahamkan dari maklumay En Rahman KBC, jumlah keseluruhan adalah sebanyak RM1159.00. Alhamdulillah. Kayuhan kerumah keluarga Arwah disambut dgn para penduduk flat Seri Delima dan juga keluarga Arwah. Sebelum menyerahkan sumbangan, wakil² dari semua kelab telah menyampaikan kata² semangat kepada keluarga mangsa dan suasana ketika itu bertukar menjadi sayu dan hiba. Jelas terpancar di muka ibu mangsa bagaimana pedihnya untuk menerima keadaan itu. Setelah selesai kata² semangat, wakil² menyerahkan sumbangan yang telah dikutip dan diakhiri dengan acara bergambar bersama keluarga mangsa. Setelah selesai program ini, acara yang dinanti² kan oleh para rider....KAYUH 20KM... yang diiketuai oleh Panjang PG GEREK.. LOTIH!!! tapi enjoy.. Program ini berakhir lebih kurang jam 12.30am. Diharap program² seperti ini dapat diteruskan di masa akan datang. 
Berikut antara gambar² yang sempat dirakam. Credit to En Rafi Saat




































Sunday 11 March 2012

Kayuhan jangan Pandang Belakang

Pada malam 9/3/2012, CTR telah mengadakan kayuhan Fun Ride "Jangan Pandang Belakang" di trail backyard Mutiara Rini. Satu aktiviti yang amat menarik dan mendapat feedback yang amat memuaskan. Acara ini tercetus oleh Presiden CTR sendiri secara tidak sengaja ketika membeli seatpost di kedai AhPan. Pelbagai idea telah dilontarkan oleh ahli CTR dan akhirnya kayuhan JPB ini telah berjaya dengan suksesnya. Ramai peserta otai-otai  telah menyertai kayuhan ini antaranya ialah Abg Ayob CM, Panjang PG, Ameer HSA, Wakleh dan ramai lagi la. Terima kasih kepada mereka kerana memberi sokongan. Terima kasih jugak kepada Techprocycles kerana menyumbang pisang serta Ahmad Johari kerana menyediakan makanan selepas kayuhan.. Sup tu.... Best. dan Best.. Itu saja dpat digambarkan... BEST.. Kayuhan bermula pada jam 9.30p.m dan berakhir pada tepat jam 12.00a.m. Bermacam ragam telah berlaku ketika kayuhan. Ada yang bocor, ada yang tergolek... macam² ada.. Sungguh terasa semangat BROTHERHOOD antara rider². Gelak ketawa memecah kesunyian... Teramat lah best.. Tahniah kepada CTR kerana menjadi Marshall² yang cemerlang. Menjaga rider² jemputan. Ini yang kita patut banggakan. Dan diatas review Abg Ayub serta Panjang amatlah memuaskan. Mungkin acara ini akan diteruskan bagi menjadi aktiviti bulanan CTR. TAHNIAH CTR.. Da best SUGUN forever!!!








































Pekan Nanas - Gunung Pulai Tour (Mini MTB Challenge 2012)

Pada 26 Feb 2012, telah berlangsung kayuhan Gunung Pulai Tour Mini MTB Challenge 2012. CTR telah menghantar 2 orang wakil dalam acara itu iaitu Afiq Aiman b Ahmad Johari dan Siti Hajar. Afiq telah menunjukkan prestasi yang cemerlang apabila menduduki tempat ke 5 dalam kategori open. Satu keputusan yang amat membanggakan CTR dan tetulah bapanya skali. Manakala Hajar pula mendapat tempat ke 6 dalam kategori wanita. Syabas diucapkan. Geng CTR yang lain pulak telah dilantik menjadi Marshall dan juga Penyapu. Masing-masing melakukan tugas yang cemerlang. walaupun geng penyapu terchicken disebabkan salah seorang penyapu terjatuh dan tangannya bengkak. Apa-apapun syabas CTR. kerana menjadi penyapu yang cemerlang. Banyak menolong orang.