Sunday 18 March 2012

Kayuhan Jelajah Kasih

Pada 16hb Mac 2012, CTR bersama-sama kelab KBC, PG Gerek, DTR, IKRAM, Perodua, Kenwood dan lain² lagi telah bersama² menjayakan satu program aktiviti sosial iaitu Kayuhan Jelajah Kasih bagi menziarahi keluarga Allahyarhamah adik Nurul Nadirah Abdullah (DIRANG) yang baru² ini telah ditemui mati dibunuh oleh pihak yang tidak bertangguungjawab. Berita ini telah menyentuh perasaan pelbagai pihak dari seluruh negara termasuk kita semua. Berkat keperihatinan kelab-kelab basikal yang terlibat, program ini telah berjalan dengan selamat dan penuh kesyukuran kerana dapat bersama² mengutip derma ikhlas dari hati masing². Jumlah yang dapat dikutip pada malam itu adalah sebanyak RM830 tidak termasuk dari pihak Perodua/Kenwood. Difahamkan dari maklumay En Rahman KBC, jumlah keseluruhan adalah sebanyak RM1159.00. Alhamdulillah. Kayuhan kerumah keluarga Arwah disambut dgn para penduduk flat Seri Delima dan juga keluarga Arwah. Sebelum menyerahkan sumbangan, wakil² dari semua kelab telah menyampaikan kata² semangat kepada keluarga mangsa dan suasana ketika itu bertukar menjadi sayu dan hiba. Jelas terpancar di muka ibu mangsa bagaimana pedihnya untuk menerima keadaan itu. Setelah selesai kata² semangat, wakil² menyerahkan sumbangan yang telah dikutip dan diakhiri dengan acara bergambar bersama keluarga mangsa. Setelah selesai program ini, acara yang dinanti² kan oleh para rider....KAYUH 20KM... yang diiketuai oleh Panjang PG GEREK.. LOTIH!!! tapi enjoy.. Program ini berakhir lebih kurang jam 12.30am. Diharap program² seperti ini dapat diteruskan di masa akan datang. 
Berikut antara gambar² yang sempat dirakam. Credit to En Rafi Saat




































No comments:

Post a Comment