Sunday 11 March 2012

Kayuhan jangan Pandang Belakang

Pada malam 9/3/2012, CTR telah mengadakan kayuhan Fun Ride "Jangan Pandang Belakang" di trail backyard Mutiara Rini. Satu aktiviti yang amat menarik dan mendapat feedback yang amat memuaskan. Acara ini tercetus oleh Presiden CTR sendiri secara tidak sengaja ketika membeli seatpost di kedai AhPan. Pelbagai idea telah dilontarkan oleh ahli CTR dan akhirnya kayuhan JPB ini telah berjaya dengan suksesnya. Ramai peserta otai-otai  telah menyertai kayuhan ini antaranya ialah Abg Ayob CM, Panjang PG, Ameer HSA, Wakleh dan ramai lagi la. Terima kasih kepada mereka kerana memberi sokongan. Terima kasih jugak kepada Techprocycles kerana menyumbang pisang serta Ahmad Johari kerana menyediakan makanan selepas kayuhan.. Sup tu.... Best. dan Best.. Itu saja dpat digambarkan... BEST.. Kayuhan bermula pada jam 9.30p.m dan berakhir pada tepat jam 12.00a.m. Bermacam ragam telah berlaku ketika kayuhan. Ada yang bocor, ada yang tergolek... macam² ada.. Sungguh terasa semangat BROTHERHOOD antara rider². Gelak ketawa memecah kesunyian... Teramat lah best.. Tahniah kepada CTR kerana menjadi Marshall² yang cemerlang. Menjaga rider² jemputan. Ini yang kita patut banggakan. Dan diatas review Abg Ayub serta Panjang amatlah memuaskan. Mungkin acara ini akan diteruskan bagi menjadi aktiviti bulanan CTR. TAHNIAH CTR.. Da best SUGUN forever!!!








































No comments:

Post a Comment